"Diatas nama cinta Pada yang selayaknya Kunafikan yang fana Moga dalam hitungan Setiap pengorbanan Agar disuluh cahaya redha-Nya Biar sendiri hingga hujung nyawa Asal tak sepi dari kasih-Nya Kerna sesungguhnya hakikat cinta Hanya Dia yang Esa"

祝你生日快乐

Daisypath Happy Birthday tickers

Persahabatan Kami

Daisypath Friendship tickers

Friday, March 4, 2011

Menanti Tiba

Ceeiiiit..... tajuk N3 kali nih mcm best je.....isi N3 entah ape2...hahahaa...moralnya jgn cepat tertipu dengan tajuk N3 e2 sekadar menarik minat reader utk memmbaca isi N3...^_^....sebenarnya bukan de pe pun tajuk N3 "Menanti Tiba" nih (mcm tajuk lagu la pula kan...hihihii) saja2 je CikTeh letak sbb skrg nih dh pukul 5.00 pg so nk tido CikTeh rs x berbaloi sbb lau tdo confirm nya subuh akan terbabas.So lau pun ngantok CikTeh tahan and sbb tu lah nk ilangkan ngantok nih CikTeh tulis blog.Nk buat kje yang menimbun tuh rsnya mcm x boleh sbb kepala otak nih dh jam dan time2 ngantok mcm nih x leh nk pk sgt bt kje.....Lau ape pun ade kje yg dh siap, dan ade yg otw siap dan ade yg lgsg CikTeh x sentuh sepanjang ct seminggu nih..teruk yang amat CikTeh ni kan.....tp ok lah tu sbb de kej yang siap kan e2 pun sbb x blik kg lau blik kg nih confirm lgsg x sentuh keje......orang kata time belajar nih lah kita kena korban ms skit mcm CikTeh bt skrg nih ct mid sem x blik kg kononnya nk siapkan kje yg menimbun tuh tp hampeehhhh x siap juga....heheheheheee.....ala lgpun kg x lari nye...hbs study nnt dok lah kg tuh puas2 kan....ayat pujok ati yg giler kentang nk blik tp x leh blik ^_^......Bila tgk pd tajuk N3 nih mmg kena juga kan ngan ape yg Cikteh dok merapu nih kan...ye lah "Menanti Tiba" untuk blik kg, dan "Menanti Tiba" untuk habiskan keje2 yang menimbun tuh....hahhahahaa...mcm2 CikTeh nih....pg2 buta nih die dok merapu sensorang....biasa lah kepala ngah biol nih lau x merapu x sah kan...so layanzzzzzzzzz ye lah....

Thursday, March 3, 2011

03-03-2011

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran
yang ke 24 kepada adik lelaki CikTeh
semoga sentiasa di lindungi-Nya dan dimurahkan rezeki
disamping menjadi anak yang soleh dan taat.
Dan hari ni juga adik CikTeh berkongsi tarikh dengan tarikh kematian arwah abah CikTeh.
Hari ni genap 21 tahun arwah abah meninggal.
So untuk itu CikTeh sedekahkan Al-Fatihah bt arwah abah semoga aman disana dan roh arwah abah dicucuri rahmat
dan
ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.....amin
kami amat merindui arwah abah....

Monday, February 28, 2011

No Progress

Ct hujung minggu 2 hr lgsg x buat keje....x tau ape nk jd ngan CikTeh.....
xde progress sedangkan ms ade seminggu je lg nk siapkan assgment.
Bukan skit bukan 1 assgmt tp 2,3 assgment....ngan fyp lg......asyik duk mengeluh dlm blog tp lgsg x amik "port" nk buat.....
xde kesedaran lgsg....
x pernah nk brubah......
ape nk jd nih CikTeh????
lau mcm nih mcm mn nk maju nk berjaya.....
arghhhhhhhhh......
tension...
e2 je CikTeh tahu...mn x tension keje x buat.Kje makin hari bukan makin skit makin bnyk ler.....
***bungkam sendiri***
p/s:*-*

Saturday, February 26, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Wednesday, February 23, 2011

Belajar Dari Kesilapan

Sungguh sedih dan keciwa yang amat sgt bl dpt th CikTeh kena tipu besar-besaran.......
hati sakit, jiwa lagi sakit....
senang2 melayang mcm tu je duit CikTeh...
xpe ko tipu aku nnt tgk lah balasan nye....
aku x mntk bnyk pun aku mntk agar ko sedar dan ingat ko mkn duit ank yatim.....
mentang2 ko cina otak bisnes ko leh tipu aku idup2.......
pegi mampuss lah ko.......
sorry to say....
marah yang amat sgt.......
x semena-mena aku duit saving aku melayang.....
sungguh memberi pengajaran bt aku.....
astagfirullahalazim....
istighgfar bnyk2 CikTeh.....
ujian bt CikTeh semua nih.....
tempuh dengan hati yang kuat dan sabar....
ingat ape org bt kat kita jgn kita bt org balik.....
yes CikTeh ingat tuh.....
lain kali jgn melulu je bt keje...
sape soh terburu2 and x tny khabar org kan....
main terjah je......anggap lah semua tuh bukan rezeki CikTeh......
"Ya Allah ampun dosaku Ya Allah......Kuatkan hati hambaMu ini Ya Allah"

Tuesday, February 22, 2011

Cerita Lapok

Cerita lapok a.k.a basi ni lah cite nye...hehehehe...untuk N3 kali nih CikTeh nk cite psl g jenjalan kat ICT br2 nih....actually dh lm kot dh p sblm CNY tp kali nih br nk upload gmbr and cite skit.Bukan pe x sempat nk menulis sbnrnye a.k.a MALAS dan bnyk cite nk cite tp x cite2kan...wah alasan sungguh munasarawak kan...hahahaha......cecite2....
Sblm ct CNY ari tu kwn CikTeh ade dtg kl....N3 sbln nih kan ade CikTeh bgth yg kwn CikTeh si Bell 2 nk mai jenjalan kl....so ari 2 jd ler die mai kl....then jnj jumpa kat Kl Sentral sbb nk gerak sesama p Tasik Selatan sbb driver tunggu sn.Otw nk p Kl Sentral dpt msj dr Bell yg en.Driver nih soh lak tunggu kat Stesen Putra...adoiyaiiii....en.Driver omongnya mcm keling..kejap soh tunggu cni kjp soh tunggu sana.So CikTeh ngan housemate CikTeh trs ke Masjid Jamek and jumpa Si Bell kat sn.Then br sm2 gerak ke PWTC naik star.....tunggu nye tunggu samapai ler en.Driver nih......nsb die x bw kawan die sbb lau die bw kawan die sorg mmg x muat ler kami.....trs kami ke ict.Amat teruja sebenarnya bl smpai kt ICT sbb dh bnyk perubahan yg telah dibuat.Ade Zoo, snow walk and so on.But nk msk kena byr...mahal lak 2 nk2 snow walk satu kepala RM25 kot...bapak mahal......so kami x jd msk just usha tgk dr luar je.
After hbs pusing kat ICT,kami gerak p makan sbb perut dr td lagi dok menyanyi.Awalnya nk mkn steambot yang kat Sunway Piramid tuh tp dh ttp so en.Driver bw lah kami kat 1 restoran ni yg view nye amat CikTeh suka kt Cheras lau x slp....nyaman je......tp x sempat nk snap bnyk2 kat restoran 2 sbb dh nk ttp.utk mkn en.Driver belanja...hehehheh....thanks a lot en.Drive sbb payung kami makan.Kat ICT si Bell payung.....e2 nm nye rezeki kan...hihihhi...mkn nye mkn..perut pun dh full so kami tolak blik.
Nak jadi kan cite, otw blik kami sesat...hahahha.....malu sey.....nk blik rmh x tau jln blik....hahhahaaa.....CikTeh bukan pe, yang jd x th jln blik sbb en.driver lalu jalan yg x pernah CikTeh lalu dan familiar dh ler mlm so mmg blur time 2....last2 en.drive tel kwn die tny mcm mn nk p Jelatek....alhamdulillah akhirnya kami smpai juga kerumah......cian en.Driver dh ler x brp sht so mlm 2 die tumpang tdo rmh kwn die kat area Wangsa Maju sbb penat nk drive blik Rawang dh x larat lagipun dh lewat dh ms tuh.....So xmo cite bnyk lagi tgk je lah gmbr yg sempat kami snap nih tp x smua CikTeh upload ye.Nk tgk selebihnye tgk kat fb CikTeh ade lau x slp....x pun kt FbCik Bell tuh....^_^
Merak kepala 3 :-p
Scandal of the nite...ahaks
Smile...serasi bersama :-)
ape tengok2?x puas hati ckp r...hehehe
Wif si Bell
Terbaik lah :-)
Control lagi dan lagi en.Driver
Lapo menunggu hidangan
Kesengalan terserlah *_*
Zoo Malam
En.Driver yang control macho...huhuhhuu
Kami yang cantik.....jgn jeles ye...wink3
CikTeh buat2 terkezot :-)
Bell dengan Labu kaktusnya :-)
Alin dengan luncur kaktusnya...:-)

Monday, February 21, 2011

"Nebes"

Alhamdulillah presentation nye VR dh setel td.....mula2 tuh agak nebes dan cuak juga lah sbb ni first time nk kn present utk sem nih.....kiranya dh agak lm juga lah x present nih...so far alhamdulillah and Miss Syu pun puah hati ngan ape yg kami present.....lega yang amat sgt....so minggu ni kira minggu last ade kelas b4 ct mid sem next week. harap2 semuanye berjalan ngan lancar.
Presentation untuk fyp x tau ler mcm mn......dh ler progress fyp very slow......ape nk jd nih CikTeh.......ms x tunggu CikTeh.....sungguh berharga ms skrg even sesaat pun tp nape dok biau mcm 2 je berlalu?adoiyaiiiii.....x sedar lg ke CikTeh......wake up!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bab2 presentation nih mmg CikTeh failed lah sbb keyakinan diri x de......x tau kemana perginya keyakinan tuh.....sblm presentation mcm2 rs ade......sakit perut, nk buang air, serba x kena duduknye.......pas present mcm lah dunia ni ana yang punyer ^_^......dh ler BI nye lintang pukang even guna broken English......doiyaiiii.......
p/s:sebulan berlalu kau tetap dengan cara kau, aku tetap dengan pendiriannku...syabas betey

Sunday, February 20, 2011

KENAPA PAKAI TUDUNG BESAR-BESAR?? TAK RIMAS KE??

Ade sesuatu yang CikTeh nk share ngan semua.....crite ni CikTeh amik dari teman kat fb....so selamat membaca dan renung2kan lah ^_^

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

Friday, February 18, 2011

Maafkan Cikteh

Terasa macam diri ni x berguna
bl ade yang dalam kesusahan
tapi x dpt nk tlg
apatah lagi dengan adik bradik sndri.....Blockquote:-(
sgt sedih....:-(:-(:-(:-(:-(
hati kecil menangis x terhingga......:-((:-((:-((:-((
kesusahan turut sm dirasai.......
menangis dan menangis e2 sj yg mampu berlaku.....
x mampu utk berkata-kata lagi.....
kecewa yang amat......
Buatmu.....MSAMN.... kuatkan hati tabahkan hati dalam menghadapi liku2 hidup dan sentiasa menginagati-Nya walau dalam apa jua keadaan...insyallah hidup ini diberkati dan dimurahkan rezeki...insyallah

Wednesday, February 16, 2011

Student Life

Ari ni 1 kelas je kelas TVE.Msk kelas je Sir Midun br nk start teaching.Minggu depan de test...adoiyyyaiiii....keje melambak nih....kena plan and bajet ms btl nih....fyp chapter 2 x siap lg nih...br 10% siap......hrp2 sblm cuti mid sem bnda nih dh siap sbb naik ct sem dh nk kena start bahagian development...Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu ini Ya Allah....Sok 2 assgment kena hntr 1 pun xbt lg....jumaat 1 assgmnt kena hntr.Yang 2 alhamdulillah in progress almost 90% done.Next week, monday ade presentation VR, and have 2 test, TVE and Cyber Law....smua 2 x study ape lg.....so stress and hopefully I will be done all my assgment on time and can answer the test clearly. Mid sem holiday????don't know blik ke x....my sis srh blik sbb de bt cukur jambul ank die but berbelah bagi CikTeh nk blik sbb kje bnyk.....lau blik comfirm nye x sentuh kje yg meninggi 2.....lau x blik rs mcm nk blik....so what should i do?stress again.....
p/s:"...barangsiapa mencintai Rasulku, bermakna dia telah mencitaiku..."(mafhum hadis)

Angin Rindu CikTeh

Angin rindu CikTeh....tajuk untuk N3 kali ni.rindu pada siapa?Tentulah pada insan yang CikTeh sayang kan.....rindu yang amat sgt.....diri ni cb bertahan dan stakat ni mampu bertahan menahan ego dalam diri.tp sampai bl mampu CikTeh bertahan.sebulan?setahun?atau selama2nya?
entah...seketika diam...
walaupun kelibatnya selalu kelihatan sekarang namun angin rindu Cikteh ttp berkurang tidak....ego menguasai segala walaupun hati memberontak mahu.Apakah angin rindu tidak kesampaian?
lagi diam...
jauh2 buang ego agar angin rindu CikTeh singgah disana.....bukan lalu sekadar lalu.bt mu yang teristimewa kirimkan angin rindumu biar tenang dan lapang segala rasa....sambutkan angin rindu itu jangan dibiar berlalu saja begitu.
sepi tanpa angin...
sekian....
CikTeh
p/s:homesick :-(

Friday, January 28, 2011

Kelibat yang tidak kelihatan

Agak lama kelibat nya tidak kelihatan
Di sana sini juga tiada
hati risau namun apakan daya
tidak betah untuk berbuat apa
di biarkan saja dengan seribu persoalan
pasrah...
Kelibat yang tidak kelihatan
tiba-tiba muncul tanpa tidak di duga
namun muncul sekadar persinggahan
hilang untuk kali yang entah ke berapa
pasrah lagi dan lagi
Bila agaknya kelibat itu akan muncul lagi???
**mood yang agak terpesong keadaannya....wink3 ^_^

Silent Mode

Kau dan aku masing-masing dalam situasi diam
diam tanpa kata
diam tanpa berita
sampai bila situasi ini akan berakhir
siapa mengalah dan siapa bersalah
menunggu dan terus menunggu
disapa salah x sapa pun salah
bingung dalam kritikal
benak fikiran amat sarat
lari jauh buang yang sarat
namun mampukah?
hanya hati yang mampu berkata
tika ini
~~diam seribu bahasa~~

Wednesday, January 26, 2011

Tersilap

Huhuhuhuuuuu.......xcited nye psl nk blik kg bercuti x psl2 dh tersilap tarikh......2 lah sape soh dgr org ckp then x selidik and tny btl2......nsb baik lecturer bnyk yg cancel kelas lau x slp2 leh bar dr exam kot sbb attendance buruk....huhuuu.....lain kali CikTeh sila alert jgn pk nk bercuti je.....keje kamu bnyk k lau pun kamu cuti....ok sy faham....huhuhuhuh....lau ikutkan may b 1 kelas yg CikTeh poteng sbb kelas yg lain stakat ni lecturer bgth cancel....rupanye ct mid sem akhir bulan 2 nih seminggu je pun ct nye......lau th mcm 2 ct raya cina ni x blik so leh la kwn CikTeh dtg time CNY 2.....cian die terpaksa apply ct nk dtg awal ke KL.....sorry Bell.....tp die x tau pun yg CikTeh slp hitung tarikh...hiiihihi...nsb baik die pun x bc and x tau blog CikTeh....selamattttttttt.......
p/s:Agak x teruja ct sbb keje bnyk....:-(

Sunday, January 23, 2011

Bila hati sedang marah

Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.........................fade uppppppppppppppppppppppppp......so hurt me.........................................really hate ur word.............................what should i do dear?????????????waiting...waiting and waiting????????????how longgggggggggggggggggggg???????????????just want centainty from u......it's difficult to u??????????i don't know how long i can wait for you......ur reason so disappointing me.....:-(

" Hati pun masih ragu-ragu......cinta memang wujud "

What do u mean by those words???? I do not need to love you if you are still feeling hesitant. I do not know what you doubt.I do not know why that kind of feelings do you?

Afraid I disappointed? Afraid I hurt? Afraid not happy? I already feel it since you said "but worried fear is hurt again and the heart was still in doubt. Love does exist .. .. just afraid to express that determines the fate of all "

Arrrghhhh!!!!!!!!!!!! don't like.......I just want CENTAINTY about us ...... no more than that.....All that is important to me and make me feel satisfied.....

**Silent Mode**
p/s:u make me sad.....u make me crazy

Friday, January 21, 2011

Cerpen- mak, saya sayang mak.

Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman. Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa. Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca. Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego... Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada. Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua.. Oh! Kejamnya hamba-Mu ini... Aku mengimbau....
"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."
"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."
"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.
Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"
Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya. Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu. Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa. Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' dan mempunyai dua orang cahaya mata - seorang putera dan seorang puteri. Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu.
Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!
Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota. Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya. Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia! Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.
"Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah" getus ibunya.
Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,
"Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"
"Makcik nak jumpa dengan anak makcik"
"Anak makcik? Siapa?"
"Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik"
"Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan"
Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman. Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.
"Siapa kau wahai orang tua?"
"Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."
"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"
"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!"
"Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"
"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"
"Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"
Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu... Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.
Tiba-tiba dia terdengar satu suara,
"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"
Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut-turut dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti! Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi. Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.
Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.
"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"
"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"
"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.
"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"
"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru dua hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"
"Apa?"
Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!
"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."
Man mengambil surat tu dan membaca...
Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,
Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira. Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak. Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir. Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan. Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini. Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.
Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar. Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia. Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.
"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman.
*****
Dari Abu Hurairah R.A:
Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W.

Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!
**Dipetik dari blog http://daddyjarum.blogspot.com/2011/01/cerpen-mak-saya-sayang-mak.html **
p/s:syurga itu dibawah tapak kaki ibu

My Love

An empty street, an empty house
I hold inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together (oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems soo far

( chorus )
Soo I say it in a prayer
And hope my dreams will take it there
Where the skies are bule,
the sea is once again... my love
All the seasons coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green,
the sea is once again... my love

I try to read, I know the work
I left them with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking (oh no)
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together (oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems soo far

Soo I say it in a prayer
And hope my dreams will take it there
Where the skies are blue,
the sea is once again... my love
All the seasons coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green,
the sea is once again...

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of

Reaching for the love that seems soo far

Soo I say it in a prayer
And hope my dreams will take its there
Where the skies are blue, the sea is once again... my love
All the seasons coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green, the sea is once again... my love

Say it in a prayer (my sweet love)
Dreams will take it there
Where the skies are blue (woah yeah),
the sea is once again my love (oh my love)
All the seasons coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green,
the sea is once again.... my Love
p/s:Mood jiwang lagi ni but this N3 in english version lak :-)

Thursday, January 20, 2011

Damping Malam

Memandang kan sok public holiday sempena Thaipusam, so mlm ni CikTeh and housemate kua tgk wayang kt Wangsa Walk.Mulanya nk tgk cite Khurafat tp full yg tgl seat depan je.Xde maknanye nk dok seat depan screen.X psl pas tgk wayang sakit tengkuk...uhuuuhu....so tukar plan tgk la cite Damping Malam.Agak mahal juga lah tiket nye RM13 berbanding 1st time kami tgk dl hnyalah RM8.Ingat sblm tgk wayang nk p makan dl tp x sempat sbb wayang start kol 9.20...lau nk mkn pun just ade 20 mnt je...mn nk sempat kan tunggu mknan smpai pun dh kat 20 mnt nk mkn lg....so rushing la kan so better x yah mkn.Mkn pas wayang.Cite 2 ok lah seram ade dan sedih pun ade tp yg penting msj yg nk pengarah filem 2 sampaikan mmg sampai lah...mn tidak nye smpai menangis CikTeh at the end of movie...sedih sgt part 2.....ye lah kerana "guardian flower" depa kehilangan ank depa...satu2 nye ank depa lak 2......semua kerana hal dunia si isteri sanggup amik "guardian flower"...kerana lonely, takut si suami dikebas org hbs hilang keimanan dalam diri....sarat dengan nilai--nilai pengajaran.Bg CikTeh la berbaloi2 la ngan harga tiket yg mahal 2.....puas hati gak la tgk cite 2.Yg best nye juga CikTeh ngan dak elin dpat free gift botol air ala2 thermos.....nnt leh bw p kelas....^_^..free gift 2 dpt sbb kami share beli set popcorn large....asalnye dpt 1 j skali dak elin bgth yg ari 2 die beli x dpt pun then akk 2 ckp x leh dh then time nk blah die bg gak 1 lg.....thanks akk...hihihihihi.....pas tgk wayang kami p mkn kat mn entah tp kedai steak la....atas skit dr rmh sewa kami...lp la nm pe.....kenyang yang amat sgt sbb bnyk giler mkn.Ptg sblm blik rmh dh tibai kue tiaw tomyam ni mlm lak tibai mix grill + tembikai laici + mushroom soup....mn x kenyang kan...giler melantak 2.....pas 2 bising bdn naik segala....CikTeh3.....gmbr utk N3 ni xde just gmbr makanan ms kami makan kat kedai steak ade la e2 pun just gmbr makanan je...ade ngan dak lin...nnt CikTeh nk amik ngan dak lin Cikteh upload ye....
p/s:Cinta si Workarholic yang memerlukan kesabaran yang tinggi ^_^

Tuesday, January 18, 2011

Rindu Serindu-rindunya

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin ku lupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu
* Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara menebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku tertulis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua
Rindu... rindu serindu-rindunya
Namun engkau tak mengerti
Pilu... pilu sepilu-pilunya...
Namun engkau tak peduli
Malu.. semalu-malunya
Namun apa daya
Orang tak sudi
Mahu.. semahu-mahunya
Namun apa daya
Orang dah benci
p/s:Jiwang lagi sila lah muntah ye ^_^

Rindu Bayangan

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

( korus )
Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan
p/s:Terjiwang skit ^_^