"Diatas nama cinta Pada yang selayaknya Kunafikan yang fana Moga dalam hitungan Setiap pengorbanan Agar disuluh cahaya redha-Nya Biar sendiri hingga hujung nyawa Asal tak sepi dari kasih-Nya Kerna sesungguhnya hakikat cinta Hanya Dia yang Esa"

祝你生日快乐

Daisypath Happy Birthday tickers

Persahabatan Kami

Daisypath Friendship tickers

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum....

Hai semua dan salam Ramadhan. Dah usai solat terawih? Of coz la sudah kan lagi pun dah pukul berapa sekarang kan. Pe pun tahniah anda sudah berjaya menunaikan solat terawih yang pertama anda. Harapnya esok lusa dan seterusnya kita masih lagi berkesempatan menunaikan nya. Lagipun kelebihan solat terawih malam pertama adalah :


" Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan."



Tapi awal lagi CikTeh dah ponteng solat terawih. Korang jangan tiru CikTeh ye. Actually solat ni di mana2 pun kita boleh buat cuma terpulang pada diri kita sendiri je nak ke tak nak. Azam Ramadhan kali ni nak buat terawih kat rumah. Bukan tak nak p masjid berjemaah tetapi keadaan macam tidak mengizinkan. (macam banyak alasan pula......^_^) Doakan CikTeh dapat laksanakannya ye. Harap sangat2.

So apa pun "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN DAN SELAMAT BERAMAL SEMOGA AMAL IBADAT DIBERKATI DAN DITINGKATKAN"


Sekian...
CikTeh ^_^

p/s: Selamat bersahur semua.Apa menu sahur nanti? dan jangan lupa niat puasa
^_^

Saturday, July 30, 2011

Dah Ok

Assalamualaikum....

Ok nampaknya dah dapat post kat blog nih macam biasa. Sebelum nih post tak dapat nak publish tak tau sebab apa. So sekarang alhamdulillah dah dapat. And starting now, insyallah CikTeh akan cuba update kedua2 blog CikTeh. So tak nak cakap banyak sebab mata dah mengantok layan je lah mana yang ada setakat nih ye.....

Oh ye..blog CikTeh yang lagi satu korang boleh la Klik Di Sini . Itu pun if nak view lah. Pas view tu jangan segan2 tinggalkan jejak korang ye nanti boleh CikTeh follow blog korang balik. Ingat tiada paksaan ok. You suka You follow...I suka I follow ^_^

Tata....daaaaaa

Sekian...
CikTeh ^_^

p/s: Semangat blogging kini kembali ^_^

Saturday, April 16, 2011

MENGAPA WANITA BEGITU ISTIMEWA

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...

foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!


Source : Realiti Alam Perkahwinan

Impian Anggun CikTeh

Alhamdulillah stakat nih bnyk impian anggun CikTeh berjaya ditunaikan tapi ada lg beberapa yg belum tercapai termasuk lah nk beli dan memiliki benda alah yang dipanggil DSLR....CikTeh tahu skrg ni mmg org "giler" ngan DSLR kan....boleh dikatakan trend skrg mst ade gadget tuh.lau dl hp menjadi keperluan dan kegilaan tp skrg zaman DSLR pl.
So CikTeh salah seorang yang "giler" nk memiliki benda alah tu tp memandangkan sistem kewangan yang x kental so hold dl.X tau bl impian anggun CikTeh ni akan tercapai tp for sure akan menjadi milik CikTeh suatu hari nnt.Lmbt pun x pe jnj ade.Bukan nk ikut trend sgt tp mmg CikTeh suka dan sgt2 suka benda2 alah mcm nih.
Ikutkan hati bukan setakat DSLR je CikTeh nk beli tp kamera digital, video cam pun nk beli tp bl fikir balik adakah ianya keperluan hidup....of coz la x kan sbb ada benda lain lagi yang lebih penting dari semua tuh.Tp lau bab DSLR nih mmg keperluan hidup bg CikTeh even ianya x de lah penting sgt tp sgt teruja untuk memilikinya.
Tmbah pula CikTeh kan suka ambil gambar.Dlm koleksi x yah ckp lah gambar syok sndri mmg bnyk....^_^...tp e2pun sejak ade hp yang ada kamera dan laptop.
So utk next gadget next impian anggun CikTeh nih CikTeh dh start bt saving tp rsnya bukan dlm ms yg terdekat a.k.a dlm thn nih kot beli.Actually sem depan ade subjek yg melibatkan penggunaan DSLR nih tp CikTeh rs may b x amik kot subjek tuh sbb sistem kewangan yang x kental melainkan lau ade org nk sponsor.....wink3 :-)
May b saving yang ada tu bt byr utk amik lesen yang dh tertangguh sekian lama nya smpaikan my mom nk sponsor separuh dr yuran nye. Tp CikTeh xnk sbb lau boleh CikTeh nk usaha sndri cr duit simpan bnyk2 dan br kita th erti kesusahan mak ayah kita selama ni dok cr duit.Baik sungguh anak Ma ni kan.....kuang3.....Bukan sng2 je nk duit mntk mak ayah.Lgpun mcm Cikteh ckp td ianya bukan keperluan hidup bt ms nih......benda boleh ditangguh so tangguh la dl untuk memenuhi keperluan hidup yang lain ^_^
Sekian...
CikTeh ^_^
p/s:x sbr menunggu hujung bulan nih dan x sbr menunggu kehadirannya...really miss my mom and Mr.Sarawakian ^_^

Wednesday, April 13, 2011

Gambaran Hari Kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Monday, April 11, 2011

Masing-Masing

Masing2 punya hati dan perasaan
Masing2 punya luahan tersendiri
Masing2 punya hak bersuara
Masing2 punya kekecewaan
Masing2 punya kelemahan dan kelebihan
Masing2 punya kebebasan
Masing2 punya batasan kesabaran
Masing2 punya pendirian
**Hati sedih bl hati lain terluka**




>>Tiada kata lain yang mampu diungkapkan selain MAAF namun diri ini tahu yang kata2 maaf ini mungkin tidak diterima pakai lagi olehmu<<

To do list

**Advanced Post production (short video)
**Virtual Reality (Project-Room)
**Final Year Project (Report)
**Starting Up New Venture (Report)
**Technology Venture And Entrepreneur (Report)
**Presentation Cyber Law-this week (14.4.2011)
semua tu perlu submit next week.....bnyk sungguh koje nye......^_^

Sunday, April 10, 2011

Jiwa Kacau

Sudah pagi rupanya
mata belum menunjukkan utk lelap
percaturan waktu lelap sudah berubah
siang mengantuk
malam berjaga
bagaikan kelawar di waktu malam
masa berlalu begitu saja
masa berlalu tanpa pengisian yang sewajarnya
hati selalu berdetik kesal
berdetik terkilan
tetapi
tiada perubahan berlangsung
hati penat
hati lelah
sia2 sj semua itu
bl mahu perubahan
bl mahu tranformasi
"bicara bijak tapi tindak balasnya kosong"
e2 yang tepat
penyesalan tanpa tindak balas
kosong hasilnya
perlukan transformasi
yaaaa....TRANSFORMASI
tapi....
bl?
sungguh benci
diam seribu bahasa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sujud pd yang ESA

Saturday, April 9, 2011

Tersirat dan Tersurat

aku syg ko~tp aku xsk kt mcm couple ~
aku rnd ko~~tp aku xrs nk luah~
ko gf aku~tp aku xnk tjuk kt org~
bkn aku xsyg~bkn aku xsk~bkn aku xrnd~
tp
~~~komitmen dlm hdp kene kjr dulu~maaf kn aku~
Ini yang sebenarnya yang kamu maksdukan?